Melalui sidang media semalam, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran akan dikuatkuasakan di Kota Setar, Kedah bermula hari ini sehingga 25 September.
Susulan daripada itu, pihak PLUS melalui Facebook memaklumkan bahawa mereka akan membuat penutupan sementara laluan masuk di Plaza Tol Alor Setar (Utara) dan juga di laluan keluar di Plaza Tol Alor Setar (Selatan).
Penutupan itu akan bermula pada 11 September 2020 sehingga 25 September 2020.
PEMBERITAHUANSelaras dengan pelaksanaan PKPDP di Kota Setar yang diumumkan oleh pihak Kerajaan, pihak PLUS akan…
Posted by PLUS Malaysia on Thursday, 10 September 2020
Sumber: PLUS Malaysia