Pelbagai kaedah sindiket penipuan yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Sindiket penipuan yang juga dikenali sebagai scammer ini terjadi kepada insan yang terdesak memerlukan wang.
Ya, benar sesetengah masyarakat boleh berfikir waras dan bijak sudah pasti dapat mengenali penipu tersebut tetapi bagi orang yang terdesak sama sekali tidak.
Terkini, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Maybank melalui laman Facebook rasmi mereka menasihatkan kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak membuka link daripada pesanan ringkas yang mendakwa mereka adalah Maybank. Bahkan jangan sesekali ‘log in’ Maybank2u di pautan tersebut kerana ia adalah salah satu sindiket penipuan wang.
Received this SMS claiming to be from Maybank? Do not click on the link. Always key in www.maybank2u.com.my to log in. #ScamAlert #SafeBankingMore info: https://mybk.co/2IVan56#HumanisingSince1960
Posted by Maybank on Thursday, 10 September 2020
Sumber: Maybank