Siakap Keli

“Saya Akan Berlumba Untuk Petronas Yamaha SRT Musim Hadapan” – Rossi

Juara Dunia MotoGP  tujuh kali Valentino Rossi mengulangi komitmen beliau bahawa akan menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) musim hadapan.

Tanpa memberikan butiran yang lanjut, pelumba 41 tahun itu menegaskan beliau tiada perancangan untuk bersara buat masa ini.

“Kami perlukan masa dengan pasukan saya, Monster Energy Yamaha dan kami tidak terburu-buru tapi kami hampir memeterai perjanjian dengan Yamaha SRT.” katanya.

“Saya akan berlumba untuk Yamaha SRT tahun hadapan dan saya berani mengatakan ia 99 peratus akan berlaku kerana belum tandatangan sahaja lagi. Mungkin di GP Catalunya di Barcelona kami akan membuat pengumuman,” tambah pelumba yang digelar ‘The Doctor’ itu.

Valentino Rossi memulakan karier pofessional sebagai pelumba MotoGP sejak tahun 2000 lagi dan sudah dua dekad masih kekal aktif berlumba. Rossi pernah menyertai pasukan Honda kemudian berhijrah ke pasukan Yamaha sebelum berlumba untuk pasukan Ducati. Kini, Rossi berkhidmat kembali bersama pasukan Monster Energy Yamaha dan dijangka berpindah ke pasukan Yamaha SRT musim hadapan.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)