Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Meningkat Kepada 182 Kes, Jumlah Didominasi Kes Tempatan Dengan 181 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui ciapan di akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 14 kes telah pulih.

Menerusi perkongsian tersebut, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 9,181 kes secara keseluruhannya.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga memaklumkan bahawa terdapat 182 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan hari ini (11 September 2020).

182 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kes keseluruhan meningkat kepada 9,810 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang dilaporkan pula adalah sebanyak 501 kes.

 

Menerusi maklumat tersebut juga, daripada 182 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, terdapat 1 kes import manakala 181 kes lagi adalah penularan tempatan.

Daripada 181 kes tempatan yang dilaporkan, 90 kes terdiri daripada warganegara dan 91 lagi adalah bukan warganegara.

Turut dimaklumkan juga bahawa terdapat sembilan kes sedang dirawat di ICU dan lima kes yang memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu juga, tiada kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kematian yang melibatkan Covid-19 kekal sebanyak 128 kes atau 1.30% secara keseluruhannya.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa