Siakap Keli
transformasi berat badan
Gambar: Google

(Video) “Dulu Saya Pakai Saiz XXXXXXL…”, Transformasi Lelaki Turun Berat 140kg Dalam Masa Setengah Tahun

Usaha menurunkan berat badan bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan konsistensi, cara yang betul dan keinginan yang kuat untuk mengubah bentuk badan menjadi lebih sihat.

Di samping mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, individu yang menginginkan bentuk badan ideal perlu menjalani sesi senaman yang bersesuaian untuk menurunkan berat badan.

Senaman secara konsisten ini akan membantu membakar kalori dan menyingkirkan lemak berlebihan sekaligus membentuk otot badan. Hasilnya, bentuk badan ideal dapat direalisasikan.

Sebagai pembakar semangat, mari kita lihat transformasi seorang pemuda obes dalam perjalanan beliau menjadi lebih kurus dan sihat.

Wang Hao Nan pernah digelar lelaki tergemuk di China dengan berat 334 kilogram dan BMI 96.

Pun begitu, hasil tekad dan usaha, dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 140 kilogram dalam tempoh enam bulan sahaja, menjadikan beratnya 194 kilogram (setakat Februari tahun lalu).

Dia dikatakan telah menjalani pembedahan gastrektomi serta mengamalkan diet sihat dan senaman yang konsisten.

Jom tonton video beliau di bawah.

Sumber: Youtube, Medium

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.