Siakap Keli
monyet comel
Gambar:

(Video) Lucu, Gelagat Monyet ‘Ajar’ Manusia Cara Renyuk Daun Raih Perhatian

Baru-baru ini, tular satu rakaman yang memaparkan aksi lucu seekor monyet. Dalam video dikongsikan Louise Smith, seekor monyet dipercayai jenis capuchin berwarna coklat dilihat seakan mengajarnya untuk merenyuk daun.

Monyet bersaiz kecil itu mengambil daun kering di sekitar sangkarnya dan meletakkan dedaun tersebut ke atas tangan perakam.

Kemudian, ia mendorong perakam menggenggamkan tangannya bagi merenyukkan daun tersebut. Malah, monyet itu turut menambah dedaun kering di atas tangan perakam untuk direnyukkan.

Kongsi Smith, monyet bernama Chino itu tinggal di Pusat Perlindungan Primat Antarabangsa di Afrika Selatan.

Sumber: International Primate Rescue (Louise Smith)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.