Siakap Keli

(Video) Padah Sepahkan Air, Tak Pasal-Pasal Anjing Ini Kena ‘Marah’ Dengan Kucing Sampai Sorok Kepala

Anjing adalah haiwan peliharaan yang terkenal dengan sifat setia, teruja dan ada juga yang garang.

Kebanyakan pemilik anjing bertujuan membelanya untuk melindungi rumah daripada ancaman rompakan dan sebagainya.

Pun begitu, dalam satu video yang lucu tular di media sosial menunjukkan bahawa sifat garang seekor anjing itu boleh ‘dikawal’ seekor kucing.

Video tersebut memaparkan telatah seekor anjing yang sedang bermain dengan air dipercayai dimarahi dengan kucing tersebut.

Dapat dilihat bahawa selepas sahaja kucing itu seakan memarahi anjing berkenaan, anjing itu kemudiannya telah menyorokkan kepalanya di sebalik celahan itu.

Ianya seakan-akan takut dengan teguran daripada kucing terbabit.

Video yang berdurasi selama 21 saat itu telah berjaya meraih perhatian warganet.

Beberapa warganet berpendapat bahawa anjing tersebut seakan dibuli oleh kucing berkenaan.

Ada juga warganet yang berpendapat bahawa video itu mengingatkan mereka kembali dengan memori adik-beradik semasa kanak-kanak.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.