Siakap Keli

Wanita Dilapor Jadi Mangsa Cabul Ketika Tunggu Bantuan, Kereta Rosak Tepi Jalan

LAHORE, PAKISTAN: Polis Pakistan dilapor telah menahan 12 lelaki untuk disoal siasat setelah dua lelaki bersenjata didakwa merogol seorang wanita ketika kereta yang dinaikinya rosak di tepi jalan.

Kejadian pencabulan di jalan raya Lahore-Sialkot pada Rabu malam telah menimbulkan kemarahan di negara itu.

Masyarakat menuntut penangkapan suspek.

Ketua Polis Negara Punjab Inam Ghani mengatakan pada hari Khamis bahawa mereka telah memperoleh “bukti” yang akan membawa mereka kepada pelakunya.

“Kami telah menemui kampung yang diduduki oleh suspek”, Kata Ketua Polis, Ghani.

Wanita itu didakwa telah diserang ketika menunggu bantuan kerana kereta yang dinaikinya rosak selepas melintasi plaza tol di kawasan itu.

Laporan daripada Gulf News, mengatakan ketika itu mangsa bersama dengan anak-anaknya. Suspek telah mengacu senjata api ke arah anak-anak mangsa dan mangsa telah dicabul oleh suspek.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa mendapat panggilan daripada saudara lelakinya yang tinggal di bandar Gujranwala yang memintanya untuk menghubungi talian bantuan polis.

Sementara itu juga, saudara lelakinya itu turut bergerak ke lokasi itu untuk memberi bantuan kepada mangsa.

Setelah sampai di lokasi, dia dilaporkan mangsa dalam keadaan takut dan pakaiannya berlumuran dengan darah.

Ketua polis Lahore, Umar Sheikh pada mulanya menyalahkan wanita itu atas kejadian itu, kerana memandu pada lewat malam. Pernyataan ini telah membangkitkan kemarahan orang ramai dengan berkata “letak jawatan”.

Musarrat Cheema, jurucakap di wilayah Punjab timur, sebelumnya mengatakan bahawa serbuan sedang dilakukan untuk mengesan dan menangkap pelakunya.

Menteri hak asasi manusia Shireen Mazari mengatakan pejabat wilayah kementeriannya telah meminta laporan tindakan dari polis.

Sumber: hindustantimes, gulfnews

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.