Siakap Keli

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Beberapa Kawasan Di 11 Buah Negeri Sehingga 4 & 6 Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu tweet sebentar tadi mengeluarkan satu kenyataan yang memberikan amaran mengenai ribut petir sehingga pukul 4 dan 6 petang di beberapa buah negeri.

Negeri-negeri yang amaran ribut petir dikeluarkan sehingga pukul 4 adalah Perlis, Kedah, Pahang Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala negeri-negeri yang menerima amaran ribut petir sehingga pukul 6 petang pula adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

Maklumat penuh kawasan yang terlibat boleh dirujuk dalam infografik dibawah.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.