kilang ayam kotor
Gambar: DBKL

Lantai & Dinding Kotor Berdaki Hitam, DBKL Arah Sebuah Pusat Proses Ayam Tak Berlesen Ditutup

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Sebuah pusat pemprosesan ayam di Jalan Sungai Besi, di sini diarah tutup selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar serta Jabatan Penguatkuasaan mendapati tahap kebersihan premis itu tidak memuaskan.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan premis itu telah diambil tindakan ditutup serta merta di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Menurutnya operasi yang dijalankan hasil aduan awam yang diterima melalui Pusat Panggilan Setempat DBKL itu turut mengeluarkan enam notis kompaun di bawah Undang-undang (UUK) Pelesenan Tred, Perniagaan & Perindustrian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 serta Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis itu menjalankan perniagaan memproses ayam hidup tanpa lesen, menggajikan pekerja warga asing tanpa permit kerja yang sah, iaitu dua pekerja Bangladesh dan satu dari India serta pengendali makanan gagal mendapatkan suntikan kepialu (thyphoid).

“Premis itu juga membuat atau menempatkan atau menumpahkan darah, air masin, buangan cecair kotor atau lain-lain benda di tempat awam, menyalurkan air buangan terus ke longkang awam dan lantai serta dinding premis kotor dan berdaki hitam,” menurut kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perniagaan yang tidak mematuhi peraturan supaya menghubungi Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau Pejabat Cawangan DBKL berhampiran.

Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL
Gambar: DBKL

 

Sumber : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, BERNAMA

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Tambah komen