Siakap Keli

Pelancong Asing Dilapor Maut, Jatuh Dari Air Terjun Setinggi 50 Kaki Di Thailand

THAILAND: Seorang pelancong Uzbekistan maut terjatuh dari ketinggian 50 kaki (15meter) di sebuah pergunungan air terjun.

Difahamkan punca kejadian adalah disebabkan mangsa ingin mengambil swafoto (selfie), kata polis.

Mangsa juga dilaporkan mengabaikan tanda-tanda amaran yang telah dikeluarkan oleh penyiasat.

Mangsa dikenali sebagai Soipov Abdullokh berusia 22 tahun, terpaksa tinggal di Thailand ekoran daripada penutupan penerbangan antarabangsa (Covid-19).

Mangsa meninggal dunia pada 5 September di Taman Nasional Air Terjun.

Polis mengatakan bahawa Abdullokh dan enam backpacker Rusia – empat lelaki dan dua wanita – telah menyewa motosikal di Phuket dan memandu sejauh 230 batu ke tempat itu untuk melihat pemandangan.

Mereka telah tiba pada hari Sabtu, kumpulan itu mendaki pergunungan itu untuk melihat air terjun setinggi 1,000 kaki (304meter).

“Abdullokh mengabaikan tanda-tanda amaran untuk memanjat dan mengambil gambar”, kata penyiasat kes itu.

Rakan-rakannya kemudian menyaksikan dengan ngeri ketika dia tergelincir dan jatuh sekitar 50 kaki hingga menyebabkan kematian, jatuh di atas batu-batu yang tajam.

Ia memerlukan perkhidmatan kecemasan sekitar dua jam untuk sampai ke tempat terpencil, di mana mereka mendapati bahawa Abdullokh mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala dan hidung.

Chalit Sinrojthanakorn, ketua pegawai pemerintah taman nasional, mengatakan: ‘mangsa berjalan di jalan yang ditentukan oleh pihak berkuasa untuk mendaki air terjun itu.

Renjer taman itu mengatakan bahawa Soipov telah ‘melanggar’ larangan memanjat air terjun kerana dia ‘ingin mengambil gambar’.

Polis mengatakan mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk mengesahkan punca kematian dan kematian mangsa telah dimaklumkan kepada kedutaan Uzbekistan.

Sumber: Dailymail

Alfi Aiman

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.