Siakap Keli
kes baru hari ini
Kredit: Google

TERKINI COVID-19: Kes Baru Kembali 2 Digit, 58 Kes Dilaporkan Hari Ini

Putrajaya 12 Sept- Sebanyak 58 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini, lapor Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Sehingga 12 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 58 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9868 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 551 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.

Daripada jumlah kes baru tersebut, sebanyak 49 kes dicatatkan di Sabah, 5 di Kedah, 2 di Selangor dan 2 di Kuala Lumpur.

Seramai 53 kes merupakan penularan tempatan melibatkan 29 warganegara Malaysia dan 24 bukan warganegara.

Lima kes import pula melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara yang pulang dari Pakistan, India, Indonesia, Syria dan Filipina.

Sementara itu, sebanyak 8 kes dilaporkan pulih, menjadikan jumlah kes pulih 9189.

Seramai 9 pesakit masih dirawat di rawatan rapi dengan lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Sumber: Tan Sri Noor Hisham Abdullah

Amira

Love yourself.