Siakap Keli

TERKINI: Satu Kluster Baharu COVID-19 Dikesan Di Sabah, Kes Indeks Kluster Adalah Seorang Tahanan PTS Tawau Yang Telah Dihantar Pulang Ke Filipina

PUTRAJAYA, 12 Sept – Kementerian Kesihatan (KKM) mengisytiharkan terdapat satu lagi kluster baharu dikesan di Kunak, Sabah melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, kes indeks kluster iaitu kes ke-9,859 merupakan seorang tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau yang telah dihantar balik ke negara asal iaitu Zamboanga, Filipina pada 27 Ogos lalu.

“Namun demikian, pada 5 September 2020, kes menyusup masuk ke Sabah dari Zamboanga, Filipina melalui jalan tikus untuk melawat isteri.

“Isteri kes, iaitu kes ke-9,860 pula dikesan positif COVID-19 pada 8 September 2020 semasa saringan rujukan dari Hospital Kunak ke Hospital Tawau bagi rawatan lanjut komplikasi pendarahan selepas bersalin,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan, beliau mula bergejala pada 6 September.

“Hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat, dua (2) lagi kes positif COVID-19 telah dikesan, iaitu anak dan jiran kes indeks (iaitu kes ke-9861 dan kes ke-9862).

“Kesemua saringan ini melibatkan warganegara Filipina. Dan daripada jumlah tersebut, empat (4) kes dikesan positif COVID-19, 14 individu negatif dan 31 lagi masih menunggu keputusan,” tambah kenyataan itu lagi.

Langkah pencegahan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang dikenalpasti.

Punca jangkitan masih di dalam siasatan.

Sumber: KKM, KP Kesihatan

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.