Siakap Keli
Gambar: BBC

(Video) Budak Lelaki Dirakam Memandu Lori HGV Di ‘Highway’ Yang Sibuk Timbulkan Kemarahan Ramai

Sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak memandu sebuah lori di lebuh raya yang sibuk sedang disiasat pihak polis, lapor The Sun

Video yang berdurasi selama lapan saat itu menunjukkan seorang budak lelaki sedang memandu sebuah lori jenis HGV di Ireland Utara.

Dalam video tersebut, dapat dilihat bahawa budak lelaki itu memandu sambil seorang lelaki yang merakam video itu didakwa mendorongnya.

Kenderaan lain yang menggunakan lebuh raya itu turut kelihatan semasa budak tersebut memandu.

Difahamkan, lori itu sedang dalam perjalanan dari arah timur di kawasan Dungannon.

Jabatan Polis Irelan Utara telah memulakan siasatan selepas klip tersebut tersebar di media sosial.

Detektif polis menyatakan bahawa video itu menunjukkan seorang budak lelaki ‘jelas berusia di bawah umur untuk mendapatkan lesen memandu lori yang sah memandu sambil di dorong oleh seorang orang dewasa’.

Pihak polis menyeru kepada orang ramai yang mengenali budak lelaki serta suara lelaki yang merakam video itu untuk segera tampil bagi membantu siasatan.

Pun begitu, menurut The Irish News, lelaki yang disyaki bertanggungjawab atas kejadian itu telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Lelaki yang berusia 37 tahun itu telah ditahan di kawasan Cookstown kerana disyaki membantu dan bersubahat kerana membenarkan budak tersebut memandu lori berkenaan.

Video tersebut telah menjadi tular selepas ianya dikongsikan di Snapchat. Dipercayai, video tersebut diambil ketika budak itu memandu di lebuh raya M1 ke arah timur dekat Dugannon.

Rakaman tersebut bagaimanapun telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang ramai. Rata-rata netizen juga mengharapkan individu yang terlibat dalam rakaman tersebut dapat ditangkap.

Sumber: The Sun/The Irish News

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa