Siakap Keli

(Video) Langit California Di Amerika ‘Berdarah’, Tornado Api Muncul & Hutan Terbakar Sejak Bulan Lepas

CALIFORNIA – Kemunculan satu puting beliung berbentuk lingkaran api dipercayai kelihatan di bandar California, di sini baru-baru ini.

Rakaman video berdurasi 17 saat itu dimuat naik netizen, Stance Grounded di laman Twitternya hari ini.

Penduduk di wilayah itu mengalami mimpi ngeri sejak bulan lepas apabila lebih 3.1 juta hektar hutan musnah dalam kebakaran tersebut.

Impak tragedi itu, keadaan langit di sana sudah bertukar menjadi warna merah.

Kira-kira 14,000 anggota bomba terpaksa dikerahkan ke 28 lokasi kejadian bagi memadam api yang semakin tersebar luas itu.

Gambar: Agensi

Sementara itu, kejadian yang sama turut berlaku di Oregon, kebakaran hutan berskala besar telah memusnahkan lebih 130,000 ekar (52,000 hektar).

Memetik laporan USA Today, kira-kira 500,000 individu di negeri berkenaan terjejas, bersamaan lebih 10 peratus daripada 4.2 juta populasi penduduk.

Pusat Informasi Kebakaran Kebangsaan memaklumkan, keadaan cuaca yang tidak menentu menambahkan lagi situasi parah kebakaran tersebut yang kini sudah menjarah negeri California, Oregon, Washington dan lain-lain.

Gambar: Agensi

“Hampir separuh daripada kawasan kebakaran yang dilaporkan hari ini telah diisytiharkan darurat,” katanya, memetik laporan tersebut.

Setakat semalam, sekurang-kurangnya 19 dilaporkan terbunuh di California, tiga di Oregon dan satu di Washington.

Di daerah Butte (California), pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 10 mangsa maut, termasuk tujuh yang dilaporkan sebelumnya.

Gambar: Agensi

Segenap besar penduduk kehilangan tempat tinggal, beberapa mangsa didapati kritikal akibat terbakar, selain ribuan kediaman musnah dalam tragedi berkenaan.

Sekurang-kurangnya 20,000 penduduk kini berada di bawah perintah darurat, melibatkan daerah Plumas, Yuba dan Butte.

Salah seorang penduduk terjejas, John Sykes, 50, berkata, dia sendiri kehilangan kereta dan beberapa pakaiannya, selain turut menyaksikan sendiri bandar Berry Creek ‘tenggelam’ dalam kebakaran beberapa batu dari situ.

“Sekolah telah hilang (musnah), jabatan bomba hilang, bar hilang, kedai dobi hilang, pasar hilang.

“Saya tidak akan kembali..saya tidak mahu melihat California lagi,” katanya.

Gambar: Agensi
Gambar: Agensi
Gambar: Agensi
Gambar: Agensi
Gambar: Agensi

Sumber: USA Today, Stance Grounded, Oregon Live

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.