Siakap Keli
cabul anak
Gambar: Google

Disyaki Lakukan Pengantunan Seksual Dan Cabul Anak Tiri, Warga Asing Ditahan

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — Seorang lelaki warga asing yang dilaporkan melakukan pengantunan seksual dan mencabul anak tirinya yang berusia 12 tahun ditahan pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal dalam satu kenyataan berkata suspek ditahan pada hari yang sama laporan polis dibuat oleh mangsa sendiri.

“Mangsa menyatakan dia tidur bersama bapa tirinya sejak berusia tujuh tahun dan sering merasakan yang dia dicabul olehnya di sebuah rumah di Kota Damansara.

“Polis juga menerima aduan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bahawa suspek berumur 36 tahun telah melakukan pengantunan seksual terhadap budak perempuan itu,” kata Nik Ezanee dan menurutnya suspek direman tujuh hari.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, Nik Ezanee berkata polis menahan dua wanita warga asing disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dalam serbuan di sebuah premis rumah kedai di Damansara semalam (11 September).

“Siasatan mendapati mereka bekerja tanpa majikan dan menjalankan kegiatan pelacuran dengan menawarkan bayaran ‘perkhidmatan’ sebanyak RM200 sejak sebulan lepas,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek direman 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.