Kartunis Jering yang pernah popular dengan majalah humor terkenal tanah air, Ujang dilaporkan meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi.
Berita tersebut dikongsikan oleh Rumah Kartun & Komik Malaysia – MCCH menerusi satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kartunis Jering telah kembali ke Rahmatullah.
Assalamualaikum.
Dukacita dimaklumkan sahabat kartunis kami Saudara Nor Azman Mohamad atau yang kita kenali sebagai Kartunis Jering, telah kembali ke rahmatullah pada 3:30 pagi tadi.Semoga Allah mengampunkannya, merahmatinya, menghimpunkan beliau bersama golongan beriman serta mengurniakan SYURGA untuknya.Jenazah beliau dimandikan dan dikapankan di Hospital Kajang dan disolatkan dirumahnya di Kampung Sungai Jai, Beranang, Selangor.Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan jam 11:45 pagi sebentar tadi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kepong, Pekan Beranang, Selangor.
Al-Fatihah (dibaca).
Kartunis Jering telah kembali ke rahmatullah.إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَاَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ…
Posted by Rumah Kartun & Komik Malaysia-MCCH on Saturday, 12 September 2020
Pemergian Allahyarham turut dikongsikan beberapa rakan yang lain.
Allahuakbar…pagi ni diperkhabarkan sorang lagi sahabat…KARTUNIS JERING meninggalkan kami…dialah yang mengajak abe…
Posted by Manggis Dekartunis on Saturday, 12 September 2020
Assalamualaikum..Mendapat perkhabaran duka..sahabat kartunis sejak 1994..kartunis Jering..telah kembali pada Penciptanya..semoga rohnya dicucuri Rahmat Allah s.w.t..Al Fatehah Sad but true
Posted by Nukus Sukun on Saturday, 12 September 2020
Innalillah wainailahirojiunPenah keja sama2 arwah dulu di vision animation…😔😔😔
Posted by Mohd Azmi on Saturday, 12 September 2020