Siakap Keli
Gambar: Radio Malaysia Kedahfm/Polis Kedah

“Patah Balik Atau Kompaun”, Amaran Tegas Polis Kepada Individu Keluar Masuk PKPD Kota Setar Tanpa Izin

ALOR SETAR, 13 Sept – “Berpatah balik atau tindakan kompaun akan diambil,”. Itu amaran polis terhadap individu yang tidak memiliki kebenaran keluar masuk ke kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kota Setar.

Ketua polis daerah, ACP Noor Azman Mohd Noor berkata, tindakan boleh dikenakan jika kebenaran didapati diragui.

“Tiga kaunter khas dibukan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) tersebut bagi membolehkan orang ramai membuat permohonan mendapatkan surat kebenaran.

“Manakala kaunter untuk membuat aduan bagi kes lain-lain dibuka seperti biasa,” memetik kenyataan Radio Malaysia Kedahfm menerusi laman Facebook Polis Kedah, semalam.

Gambar: Radio Malaysia Kedahfm/Polis Kedah

Sehubungan itu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tetap dititikberatkan.

“Hanya pemohon yang benar-benar berkeperluan untuk bergerak keluar masuk boleh membuat permohonan bagi mengelakkan kesesakan di kaunter.

“Bagi setiap permohonan, polis boleh menolak jika alasan tidak mempunyai justifikasi yang sewajarnya,” tambah kenyataan itu lagi.

Permohonan perlu dilampirkan bersama dokumen sokongan lain seperti kad pengenalan, bil elektrik dan lain-lain.

Gambar: Radio Malaysia Kedahfm/Polis Kedah

Sumber: Polis Kedah / Radio Malaysia Kedahfm

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.