Tidak semua orang dilahirkan dalam keluarga yang senang. Ada antara kita yang pada usia muda sudah perlu bekerja keras untuk menyara keluarga sedangkan rakan-rakan sebaya masih sempat bersuka ria.
Bagi seorang pemuda di Indonesia, sebagai tulang belakang keluarga, beliau perlu bekerja keras untuk menyara adik-adiknya.
Malah, beliau dikatakan tidak pernah mengeluh, selalu bersederhana dan jarang berbelanja untuk diri sendiri hinggakan menghadapi kesukaran untuk membeli telefon bimbit.
Sebagai penghargaan, rakan-rakan sekerjanya telah bersepakat untuk menghadiahkan sebuah telefon buat pemuda itu supaya beliau dapat berhubung dengan keluarganya.
Detik menyentuh hati itu dikongsikan @bondanprasetyo02 di laman Tik Tok miliknya.
“Anak muda yang tak malu dengan kerjanya demi keluarga.”
@bondanprasetyo02 Anak muda yang ga malu sama kerjaanya demi keluarganya 🥺👏gue mau kasih dia hadiah .
Dalam video tersebut, kelihatan pemuda itu menunaikan solat sebelum tidur sebentar berlapikkan beg semasa waktu rehat.
Ketika dikejutkan rakannya, kelihatan beliau terpinga-pinga menerima hadiah berkenaan sebelum menangis sendiri sambil memegang hadiah tersebut.
@bondanprasetyo02 Balas @frendypatidolken nih yang nanyain part2 nya , sumpah gue sedih sendiri bikin nih video
Video tersebut telah menyentuh hati orang ramai yang mendoakan kebaikan buat pemuda berkenaan.
Sumber: @bondanprasetyo02