Siakap Keli
Gambar Via Bernama

AS Bakal Lihat Presiden Wanita Satu Hari Nanti, Kata Trump

WASHINGTON, 14 Sept (Bernama) — Presiden Donald Trump berkata akan ada presiden wanita di Amerika Syarikat (AS), tetapi bukan Senator California, Kamala Harris, merangkap calon naib presiden Demokrat, menurut Agensi Berita Sputnik.

“Kita akan mempunyai presiden wanita satu hari nanti – bukan (Harris),” kata Trump kepada penyokongnya di Nevada pada Ahad.

Harris, 55, wanita kulit hitam kedua memenangi kerusi Senat di AS pada 2016. Jika, Joe Biden, 77, dan calon naib presidennya menang dalam pilihan raya November nanti, Harris akan menjadi wanita pertama menjawat jawatan tertinggi dalam sejarah negara.

Pada penghujung Ogos, Harris mempertahankan tunjuk perasaan terhadap ketidakadilan kaum yang berlangsung di seluruh AS dan mengecam Trump mengenai langkah yang diambilnya untuk membendung pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story