Siakap Keli
Gambar Via Dallah Deen Photography

“Cuma Linangan Air Mata,” Syukor Dan Bapa Sedih Lebih 25 Ekor Kerbau Dipercayai Mati Secara Mengejut

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dikenali sebagai ‘budak kerbau’, rakyat Malaysia pasti mengenali Syukor yang sangat akrab dengan haiwan peliharaannya.

Seperti yang diketahui, kebanyakan foto-foto Syukor telah dimuatnaik oleh jurugambar, Dallah Deen melalui Facebook miliknya.

Gambar Via Dallah Deen Photography

Melalui perkongsian terbaru yang dimuatnaik oleh Dallah Deen sebentar tadi, lebih 25 ekor kerbau Syukor dan ayahnya, Pak Khamis dipercayai telah mati secara mengejut.

Gambar Via Dallah Deen Photography
Gambar Via Dallah Deen Photography

Menurutnya, kejadian yang berlaku di Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada itu membuatkan Syukor dan ayahnya tidak terkata, hanya linangan air mata yang terlihat.

Gambar Via Dallah Deen Photography

Khabar duka dari Kandang Pak Khamis di Kg Banggol Katong, Serada. Setakat pagi ni dah lebih 25 ekor kerbaunya mati secara mengejut. Tiada bahasa dapat Syukor dan ayahnya Pak Khamis luahkan, cuma linangan air mata dan harapan doa dari orang ramai sahaja yg diharapkan. Selebihnya berserah kepada Allah SWT, semoga ada sinar baik untuk keluarga ini dalam menghadapi dugaan ini.

Gambar Via Dallah Deen Photography
Gambar Via Dallah Deen Photography
Gambar Via Dallah Deen Photography

Masih tidak dapat dipastikan mengapa kerbau-kerbau itu mati secara mengejut namun menurut perkongsian di Facebook Syukor Khamis – Kampong Boy, ianya dikaitkan dengan kemungkinan musim wabak.

Sumber: Dallah Deen Photography

BACA: Celcom MeReka Merdeka Buka Peluang Buat Rakyat Malaysia Hasilkan Pelitup Muka Rekaan Sendiri, Boleh Jana Pendapatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa