Siakap Keli

“Insya-Allah Ada Hikmah Yang Tersembunyi,” Dr Zulkifli Titip Pesan Buat Syukor Sekeluarga

Dilaporkan pada awal pagi ini bahawa 25 ekor kerbau milik Syukor dan ayahnya dipercayai mati secara mengejut.

Susulan daripada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al -Bakri menitipkan pesan buat Syukor sekeluarga.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Datuk Dr Zulkifli juga berharap agar Syukor dan keluarga diberikan kesabaran.

Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣

View this post on Instagram

Pagi ini menerima berita kematian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu. Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang. ⁣ ⁣ Saya ingin berpesan untuk diri saya jua semua yang membaca; hidup dan mati milik-Nya. Jasad kita juga adalah milik-Nya. Sedih itu hal yang biasa namun usah terlalu bersedih kerana ia adalah putaran biasa kehidupan makhluk Allah SWT. Maha Suci Allah yang mengikat pertalian kasih antara manusia dan haiwan dengan sebegitu erat. ⁣ ⁣ Insya-Allah ada hikmah yang tersembunyi di sisi-Nya.⁣ ⁣ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ، وَقَهْرِ الرِّجَالِ⁣ Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. Kredit @dallahdeen

A post shared by Menteri di JPM (HEA) (@drzulkifli.albakri) on

Sumber: drzulkifli.albakri

BACA: Celcom MeReka Merdeka Buka Peluang Buat Rakyat Malaysia Hasilkan Pelitup Muka Rekaan Sendiri, Boleh Jana Pendapatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa