Siakap Keli

“Jangan Makan Pada Waktu Malam..,” Lelaki Ini Berjaya Hilang Berat Badan 47kg Hanya 3 Bulan 15 Hari

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemuda yang bernama Mohamad Akhir yang berusia 22 tahun ini berkongsi pengalamannya menurunkan berat badan dalam tempoh masa yang singkat tetapi bermakna untuknya.

Mana taknya, 47kg hilang dalam tempoh tiga bulan tanpa menggunakan sebarang ‘ubat kurus’ dan hanya menjaga makan dan kandungan kalori dalam pemakanan itu sahaja.

Jadi, SK berasa teruja dengan perubahan pada dirinya sehinggakan memberi inspirasi kepada orang lain juga. Lebih penting adalah doa seorang ibu untuk anak itu penting.

Alhamdulillah saya berjaya capai impian saya. Berat asal 124kg dan kini 77kg dalam tempoh 3 bulan 15 hari saya dapat hilangkan 47kg. ( Tanpa bantuan ubat )

Tips yang utama dan paling penting adalah meninggalkan air manis, makanan manis dan jangan makan di waktu malam hanya makan buah-buahan. 70% adalah dari pemakanan ataupun diet dan 30% adalah senaman.

Jadikan kejayaan saya sebagai pembakar semangat. Semoga kamu berjaya.

Tips utama saya hanya menjaga makan. Dan buat sedikit exercise untuk cepatkan lagi hilangkan lemak di badan.

Katanya semasa dihubungi, Mohamad Akhir sentiasa menjaga kalori dalam makanan harian. Dia juga hanya mengambil makanan seperti ayam yang dibaluti dengan salad sahaja.

Seperti orang lain juga, pada waktu malam lelaki ini hanya mengambil buah-buahan jika terasa lapar dan dijadikan sebagai snek.

Jika tidak lapar, saya tidak makan. Hanya sekali sehari je saya makan..

Dugaan sepanjang menurunkan berat badan, dia juga pernah terlintas untuk  berputus asa tetapi mengenangkan ejekan daripada orang keliling, dia kuatkan semangat sehingga mencapai kejayaan.

Mok sayo jugok ore support sayo hari-hari …

Apa yang menarik tentang perkongsian pemuda ini, ibunya sendiri yang tidak putus-putus memberi kata semangat dan menyokong tentang perubahan dirinya.

Pemuda ini sangat meminati suka bola sepak. Jadi, dia akan ‘fit’kan sedikit bentuk badan dan stamina supaya boleh challenge pemain lain. Dari situlah dia melakukan perubahan pada dirinya dari 124kg hingga 74kg.

Jadi, kalau pemuda ini boleh takkan kita semua tak boleh kan?

 

Sumber: Mohamad Akhir

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang