Siakap Keli
Gambar Via Zackrydz Rodzi

Siap ‘Selfie’ Dan Rakam Video, Lelaki Dedah ‘Bukti Kukuh’ ‘Handphone’ Miliknya Dicuri Monyet

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam keadaan dunia yang dikuasai oleh teknologi pada masa kini, telefon pintar menjadi barangan paling berharga yang ada pada setiap orang.

Disebabkan itu, tidak hairanlah jika ia menjadi sasaran bagi sesetengah pencuri.

Situasi tersebut dialami oleh Zackrydz Rodzi yang buntu setelah mendapati telefon pintar miliknya telah dicuri. Menyangkakan bahawa ia dicuri oleh pencuri atau toyol, Zackrydz terkejut setelah mengetahui bahawa ada ‘entiti’ lain yang telah membawa lari telefon pintarnya.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Zackrydz memaklumkan bahawa dia menyedari telefon pintarnya tiada setelah bangun dari tidur dan terkejut dengan penemuannya. Ia telah dicuri oleh seekor  monyet yang memasuki rumahnya.

Gambar Via Zackrydz Rodzi

Namun, apa yang lebih menarik perhatian dan menghiburkan warga net adalah apabila monyet tersebut sempat selfie dengan berbagai gaya dan merakam video.

Gambar Via Zackrydz Rodzi
Gambar Via Zackrydz Rodzi

Ni ada sikit collection hasil daripada tangkapan monyet tersebut

Assalammualaikum. Alhamdulillah phone saya dah jumpa. Rupanya bukan kena curi dengan pencuri atau toyol ke apa. Ini suspectnya yang masuk ke rumah saya. Bangun tidur cari phone tak jumpa then last last jumpa casing je phonenya takde. Jumpanya dekat belakang rumah cari cari sampai masuk hutan. Saja round round belakang rumah sambil call sebab manala tau ada binatang apa apa masuk rumah cuma tak expect monyet sebab memang tak terpikir. Ni ada sikit collection hasil daripada tangkapan monyet tersebut. Semua legit dia ambik guna jari monyet. “Shot from monyet”

Gambar Via Zackrydz Rodzi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga net pastinya sangat terhibur dengan perkongsian tersebut dan tidak menyangka bahawa haiwan tersebut boleh mengambil gambar dan merakamkan dirinya.

Sumber: Zackrydz Rodzi

BACA: Celcom MeReka Merdeka Buka Peluang Buat Rakyat Malaysia Hasilkan Pelitup Muka Rekaan Sendiri, Boleh Jana Pendapatan

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa