Siakap Keli

(Video) Mungkin ‘Geram’ Dengan Ikan, Gelagat Kucing Berendam Dalam Air Sambil ‘Memburu’ Ikan Undang Tawa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kucing adalah sejenis haiwan peliharaan yang paling digemari ramai kerana sifat comel dan nakalnya yang sangat menghiburkan.

Setiap kucing juga mempunyai personaliti dan perangai yang berbeza-beza. Ada yang jenis nakal, ada yang jenis baik, pemalas, aktif dan sebagainya.

Seperti yang video dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Hafiz Runner Temerloh Servis ini, dapat dilihat bahawa sesetengah kucing juga mempunyai perangai pelik atau kenakalan yang amat tinggi.

Video yang berdurasi selama 6 minit 28 saat itu memaparkan seekor kucing yang tampak ‘tidak puas hati’ dengan seekor ikan di dalam akuarium.

Menurut perkongsian tersebut, kucing itu pada awalnya hanya duduk di atas akuarium. Namun, kerana tidak dapat menahan diri, ia telah masuk ke dalam akuarium untuk ‘bergaduh’ dengan ikan berkenaan.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial Facebook, sehingga kini ianya telah ditonton lebih 106 ribu kali.

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai warganet yang terhibur melihat telatah ‘si putih’.

Sumber: Hafiz Runner Temerloh Servis

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa