Siakap Keli
Gambar: Liputan6

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Negeri Sehingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 malam ini.

Amaran yang dikeluarkan pada pukul 3.15 petang tadi melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Antara negeri yang dijangka dibadai ribut petir/hujan lebat sehingga jam 7 malam ini adalah Perlis, Kedah, Pahang, Selangor, W.P Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 7 malam ini:

Perlis

Kedah: (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang dan Sik)

Pahang: (Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera)

Selangor: (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat)

W.P Kuala Lumpur

Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Jempol dan Tampin)

Johor: (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing)

Sarawak: Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Limbang (Lawas)

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu)

Labuan

Orang ramai yang pulang daripada tempat kerja pada petang ini diminta supaya berwaspada terutamanya bagi kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa