Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Banjir: Enam Buah Sekolah Di Tiga Daerah Di Sabah Ditutup

KOTA KINABALU, 15 Sept (Bernama) — Enam buah sekolah di tiga daerah di Sabah ditutup hari ini berikutan kawasan dan laluan ke sekolah berkenaan dinaiki air, selepas hujan tanpa henti, sejak malam tadi.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Mistirine Radin berkata sekolah terlibat ialah di daerah Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu, melibatkan seramai 2,725 murid, 190 guru dan 132 murid prasekolah.

“Sekolah di Beaufort yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pintas, di Papar melibatkan empat buah sekolah iaitu SK Tampasak, SK Kaiduan, SK Pekan Kinarut dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kin Kiau,” katanya dalam kenyataan di sini hari.

Katanya, SK Babagon di Kota Kinabalu ditutup berikutan tanah runtuh yang menghalang laluan ke sekolah berkenaan.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story