Siakap Keli
Gambar Via Tribun News

Dianggap Sebagai Kawasan ‘Kubur Kapal’, Kota Moynaq Yang Dulunya Lautan Kini Kering Jadi Padang Pasir

Pernah menjadi bandar nelayan yang berkembang pesat di pesisir Laut Aral, bandar Moynaq di Uzbekistan kini berubah menjadi ‘bandar hantu’ yang sunyi dan terbengkalai kerana lautan disitu telah surut.

Selain itu juga, kawasan ini turut dikenali sebagai kawasan ‘kuburan kapal.’

Memetik laporan Pulse.ng, laut Aral pernah menjadi tasik garam keempat terbesar di dunia.

Laut tersebut memiliki keluasan sekitar 68,000 kilometer persegi dan membentang dari utara ke selatan Kazakhstan.

Namun, pada tahun 1960, pihak berkuasa Soviet mengalihkan dua sungai yang mengalir ke Laut Aral.

Laluan dua sungai dialihkan dengan tujuan untuk mengembangkan pengeluaran kapas di daerah tersebut.

Semenjak itu, air di Laut Aral mulai surut dan kering dan ia digelar Gurun Moynaq. Kesan daripada itu, kebanyakan ikan telah mati kerana peningkatan tahap kemasinan secara drastik.

Dalam 50 tahun berikutnya, keadaan tersebut terus berlanjutan dan Laut Aral telah menyusut hingga hanya 10 peratus dari ukuran asalnya.

Pada awalnya, para nelayan Moynaq berharap agar situasinya akan kembali normal namun ketika sudah terlihat keadaan tidak akan bertukar seperti sedia kala, kebanyakan dari mereka telah berpindah ke Rusia dan Kazakhstan untuk mencari pekerjaan.

Sejak itu, lebih dari 100,000 orang telah meninggalkan bandar tersebut dan yang tinggal hanya seramai 18,000 penduduk di gurun.

Mereka yang tetap tinggal di Moynaq berisiko mengalami banyak masalah kesihatan akibat daripada baja beracun dan racun perosak yang digunakan dalam pengeluaran kapas.

Sumber: Tribun News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa