Gambar Hiasan Via Google

Doktor Ini Kongsikan 3 Alat Penting Perlu Ada Di Rumah Untuk ‘Ubati’ Bayi Sekiranya Selsema Teruk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai diantara ibu bapa yang pernah atau pun sedang mengalami situasi di mana anak kecil mereka menghidapi selsema teruk.

Anak kecil itu sudah pastinya meragam dan secara tidak langsungnya ibu bapa pasti akan menjadi tidak senang duduk melihat anak mereka itu.

Justeru daripada itu, seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang 3 alat yang perlu disediakan oleh ibu bapa di rumah sekiranya anak mereka mengalami masalah ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

“Salam man. Baby aku selsema teruk ni. Nak pakai ubat apa ye?”

Masa terbaca je mesej kawan saya ni pagi tadi, terus cepat-cepat saya reply dan beritahu apa yang patut dia buat.

Berdebar kencang kejap jantung ni sebab saya risau dia terbeli sebarangan ubat batuk atau ubat selsema.

Benda tu boleh jadi bahaya untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun.

Kalau suap jugak, baby kita berisiko terkena sawan, sistem pernafasan terganggu hingga bawa pada kematian.

Tapi masih ramai yang belum tahu pasal hal ni sebenarnya.

Budak kecil tu dia cuma reti bernafas melalui lubang hidung je dan tak mahir hembus dan tarik udara guna mulut macam kita.

Nanti bila terkena jangkitan selsema, mulalah kita tengok dia merengek tak berhenti-henti sebab masa tu satu-satunya laluan nak bernafas dah kena block dengan gumpalan hingus.

Kalau tak dirawat dengan baik, nak bernafas pun jadi payah.

Dada berombak laju dan akan kelihatan berlekuk-lekuk. Masa tu suka ke tak suka, terpaksalah berkejar ke hospital.

Saya yakin tak ada mak ayah yang sanggup nak tengok anak kecil duk terseksa macam tu.

Saya sendiri pun kadang sebak sama bila tengok mak-mak ni dah mula berair mata masa tengok keadaan anak dia orang.

Tu yang saya mintak sangat korang semua at least prepare siap-siap 3 alat ni dalam peti ubat kat rumah tu.

Bila hidung baby mula tersumbat dengan hingus, tak adalah rasa ‘blur’ dan tak tahu nak buat apa.

– Normal saline nasal drop

Mudah je nak guna benda ni sebab kita cuma perlu titiskan normal saline tu pada lubang hidung bayi setiap 3-6 jam.

-Nasal spray

Dekat farmasi ada jual. Antara yang biasa kita jumpa ialah Sterimar nasal spray ni.

Spray je. Gumpalan hingus tadi akan meleleh keluar. Tinggal lap dan bersihkan je lepas tu.

Kalau tak pasti cara nak guna spray ni, nanti tengok kat channel telegram saya t.me/notaALB . Lepas ni saya share videonya kat situ.

– Baby nasal aspirator

Yang ni pun senang je nak guna. Kita bantu sedut keluar hingus dalam hidung tu guna aspirator ni.

Aqmal Ezany

I write what is right

Tambah komen