Siakap Keli

Ini Perbezaan 4 Varian Proton X50 Yang Ditawarkan, Boleh Buat Pra-Tempah RM500

TANJUNG MALIM, 15 Sept – Proton Holdings Bhd secara rasmi mengesahkan bahawa kenderaan utiliti sukan segmen B premium (SUV) dengan nama X50 dan menetapkan sasaran penjualan konservatif sebanyak 4,000 unit tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata kilang Tanjung Malim mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 8,000 unit sehingga akhir tahun  ini dan mampu memenuhi permintaan secara berlebihan.

“Tempahan boleh dibuat mulai esok di mana-mana cawangan Proton.”

“Dengan itu, pelanggan masih dapat menikmati insentif pengecualian cukai penjualan seperti yang diumumkan oleh kerajaan hingga akhir tahun ini,” katanya kepada Bernama di luar pratonton media SUV di sini, hari ini.

Turut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong dan timbalannya, Datuk Radzaif Mohamed.

Roslan berkata, harga jualan untuk X50 akan didedahkan pada majlis pelancaran rasmi tidak lama lagi.

Berikut adalah perbezaan keempat-empat varian Proton X50 yang ditawarkan di pasaran dan anda boleh membuat pra-tempah dengan yuran RM500 sahaja.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang