Siakap Keli

“Jangan Dok Tunjuk Kelaku Tak Elok Ampa Tu,” Status FB Pejabat Kesihatan Kota Setar Jadi Perhatian Ramai

Sejak 11 September lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran diumumkan di 28 mukim di Kota Setar hingga 25 September 2020.

Apa yang menarik perhatian pengguna media sosial apabila status-status yang dimuatnaik oleh laman Facebook Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kotar Setar. Anda boleh lihat, status yang dimuatnaik agak kelakar tetapi ada nasihat yang terselit.

Penggunaan ayat yang lucu dan penuh dengan bahasa ‘utara’ ini yang menarik perhatian ramai. Bukan sahaja orang dari Kedah tetapi juga orang luar.

Ini antara ‘nasihat jenaka’ daripada PKD Kotar Setar.

Seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menyeru kepada orang ramai supaya menjaga kesihatan diri di samping menjaga penjarakan sosial untuk mengekang wabak Covid-19 ini.

 

Sumber: Unit Pendidikan Kesihatan PKD Kota Setar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang