Siakap Keli
Gambar: Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain - BERNAMA

Kematian Prebet: Dua Pegawai, Sembilan Anggota Tentera Beri Keterangan – PTD

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Sebelas saksi dari pasukan angkatan tentera dipanggil baru-baru ini untuk beri keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kematian Allahyarham Prebet Abdul Aziz Aznam.

Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain berkata daripada jumlah itu, dua daripadanya merupakan pegawai tentera manakala sembilan lagi merupakan anggota lain-lain pangkat.

“Saya sahkan ada 11 anggota tentera telah dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia baru-baru ini. Ia bagi membantu siasatan dan Tentera Darat Malaysia menyerahkan kepada pihak polis jika ada lagi anggota tentera yang perlu dipanggil membantu siasatan,” katanya ringkas kepada Bernama.

Pada Sabtu lepas, Bernama melaporkan 10 saksi terdiri daripada dua pegawai, tujuh anggota pangkat rendah serta seorang orang awam telah dipanggil memberi keterangan berhubung kematian anggota berpangkat prebet itu, akibat jatuh dari tingkat tiga bangunan kediaman sebuah kem tentera di Batu Pahat, hujung bulan lepas.

Dalam kejadian itu, Abdul Aziz mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.