Siakap Keli

Penuh Lalu Kat “Newsfeed”, Ini Cara Mudah Untuk Korang Cuba Buat Avatar Di Facebook

Mesti ramai yang teruja dengan ciptaan yang dikeluarkan oleh Facebook mula tular di laman Facebook sejak akhir-akhir ini.

Ciptaan ‘avatars’ ini membolehkan pengguna mengekspresikan diri mereka dengan lebih realistik. Bukan itu sahaja, pengguna dapat berkongsi ciptaan mereka di bahagian komen, aplikasi Messenger dan lebih menarik boleh diletakkan di Facebook Stories.

Macam mana nak buat?

Ok, SK nak kongsikan cara mudah untuk korang cipta sendiri wajah korang menggunakan Facebook Avatars ini.

1. Tekan pada butang ‘smiley’ di ruangan komen anda.

2. Bermula untuk edit ikut bentuk anda bermula dengan warna kulit dan diakhiri dengan perhiasan.

3. Klik butang ‘Finish’ jika selesai 

4. Inilah hasilnya

Bukan itu sahaja, avatars yang tercipta boleh juga dijadikan sebagai ‘stickers’.

Senang kan, korang cubalah pula…

 

Sumber: Facebook

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang