Siakap Keli
Gambar Via Bernama

Perutusan Khas PM Mengenai Situasi Semasa COVID-19 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, malam ini.

Perutusan itu akan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia pada 8 malam.

Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memasuki hari ke-181 hari ini dan hari ke-97 bagi Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa