Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Remaja Perempuan Lemas Di Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah

BESUT, 15 Sept  (Bernama) — Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di kawasan air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa, Nor Balqis Natasya Mohd Nazri, 13, lemas ketika mandi bersama ibu saudaranya yang berusia 19 tahun dan seorang lagi rakan lelaki mereka berusia 20 tahun.

Beliau berkata mangsa dan ibu saudaranya didapati hampir lemas secara tiba-tiba ketika mandi di kawasan tingkat satu air terjun terbabit, namun seorang daripada mereka berjaya diselamatkan.

“Bagaimanapun, Nor Balqis Natasya telah tenggelam di lubuk sedalam kira-kira lima meter sebelum mayat mangsa dijumpai orang awam tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi Bernama.

 Abdul Rozak berkata mayat remaja dari Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut, di sini telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.