Siakap Keli

TERKINI Covid-19: 23 Kes Positif Baharu Hari Ini Libatkan 13 Kes Tempatan Dan 10 Kes Import

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 6 kes sembuh. Ini menjadikan jumlah kumulatif ke sembuh adalah 9209 kes. Setakat hari ini, 15 September 2020 terdapat pertambahan 23 kes baharu di negara kita.

Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham pada sidang media perkembangan kes Covid hari ini.

Pertambahan kes baharu sebanyak 23 kes telah menukar angka kes kumululatif kes positif kepada 9969 kes. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 13 kes adalah ke tempatan manakala kes import adalah 10 import. Jumlah kes aktif meningkat kepada 632 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, tiada kes baharu terdapat di Kedah tetapi kesemua kes tempatan adalah di Sabah.

KKM juga melaporkan bahawa tiada pertambahan kes kematian. Jumlah kes kematian kekal kepada 128 kes.

Sumber: Sidang Media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang