Siakap Keli

1 Juta Kes Hanya Dalam Masa 11 Hari, Kes COVID-19 Di India Kini Lepasi Angka 5 Juta

India kini menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat yang mencatatkan jumlah kes COVID-19 keseluruhan melebihi angka 5 juta, dengan 1 juta kes terakhir dicatatkan dalam tempoh 11 hari sahaja.

Jumlah keseluruhan tersebut dilaporkan pada Selasa lepas apabila mencatatkan lebih 90,000 kes dalam masa 24 jam, iaitu tertinggi dalam masa sehari setakat ini. Manakala angka korban pula adalah 1,275 kes, iaitu angka korban tertinggi dalam sehari di India.

India sebelum ini mengambil masa selama 167 hari untuk mencatatkan sejuta kes, dianggap kadar paling perlahan antara-antara negara paling terjejas dengan pandemik ini, salah satunya kerana ketegasan kerjaan melaksanakan perintah berkurung yang ketat.

Bagaimanapun, keadaan mula berubah dan jumlah kes di India bertambah secara mendadak iaitu 4 juta kes dilaporkan dalam tempoh 61 hari, menjadi negara paling pantas mencatatkan pertambahan kes.

Selain itu, jumlah kes aktif di India juga melepasi angka 1 juta.

Setakat ini, hanya Amerika Syarikat menjadi negara paling teruk terjejas apabila merekodkan 6.7 juta kes.

Sumber: Times of India

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.