Siakap Keli

Anak Buat Balingan ‘Tepat’, Ibu Ayah Ini Tabah Skrin TV 60″ Habis Berderai

Kata orang, kalau anak suka membuat sepat tandanya dia sedang belajar dan sensorinya sedang merangsang. Telatah si kecil sangat comel tatkala menghiburkan ibu dan ayahnya.

Ya, anakkan satu rahmat dan rezeki Tuhan untuk kita.

Sebagai ibu bapa, kita perlu mengguna konsep ‘redha’ jika dalam kecomelan mereka membuat sesuatu seperti kisah Zulfadli Zainol Alam di mana anak kesayangannya membuat balingan tepat  pada kaca televisyen.

Hal ini demikian menyebabkan cermin televisyen tersebut pecah dan ibu bapanya terpaksa menangung kerugian yang agak besar.

“1 Tahun 9 bulan. Balingan padu menusuk kalbu. Habis berderai TV SONY 60 INCH bapak dia, RM3400 up..up..and away….”

Sebagai ibu bapa, sifat sabar dan tabah perlu ada tambah-tambah lagi punyai anak yang lasak. Jangan marahkan mereka jika mereka melakukan kesalahan kerana itu adalah satu pembelajaran buat mereka.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang