Siakap Keli
Gambar: Bernama

Jumlah Kumulatif Kes Positif COVID-19 Di Malaysia Cecah Lima Angka Dengan 10,031 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah  memaklumkan sebanyak 62 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini.

Sebanyak 62 kes baharu yang dilaporkan hari ini telah menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia telah mencecah lima angka iaitu 10,031.

Adalah dimaklumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sehingga 16 September 2020 telah mencatat lima angka iaitu, 10,031 kes. Kes aktif pula, iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 juga meningkat kian hari manakala kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga didapati semakin meningkat.

Selain itu, dimaklumkan juga bahawa kes aktif iaitu kes dengan kebolehjangkitan COVID-19 dan kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) didapati meningkat.

Berdasarkan data terkini bagi 15 orang pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), didapati:

  • Tiga (3) pesakit memerlukan bantuan pernafasan;
  • Enam (6) pesakit merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas;
  • Sembilan (9) pesakit adalah dalam lingkungan umur 21 sehingga 56 tahun;
  • Sembilan (9) pesakit adalah daripada Kluster Sungai;
  • 10 pesakit didapati mempunyai latar belakang penyakit kronik; dan
  • 14 pesakit mendapat jangkitan dari dalam negara manakala satu (1) pesakit mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua pesakit adalah warganegara Malaysia.

Walaupun warga emas merupakan antara golongan yang terkesan akibat wabak ini, namun golongan muda yang mempunyai penyakit kronik juga turut dikesan mempunyai gejala, penyakit dan komplikasi hingga ada yang perlu dimasukkan ke dalam ICU untuk pemantauan.

Warga emas merupakan antara golongan yang terkesan akibat jangkitan COVID-19, namun golongan yang lebih muda dan mempunyai penyakit kronik juga turut dikesan mempunyai gelaja, penyakit dan komplikasi yang lebih serius sehingga perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemantauan rapi. Sekiranya situasi ini berlanjutan, fasiliti kesihatan Negara perlu menampung beban yang tinggi semula. Justeru, bagi mengelakkan daripada berlakunya situasi demikian, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat perlulah memainkan peranan masing-masing dan patuh kepada SOP serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kerajaan.

Oleh itu, orang ramai digesa agar sentiasa patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) dan mengamalkan kebiasaan baru bagi mencegah penularan COVID-19.

Sumber: Noor Hisham Abdullah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa