Siakap Keli

Kluster Sala Di Kedah Dilaporkan Tamat Hari Ini – KKM

Satu lagi kluster di Kedah, kluster Sala dilapor sudah ditamatkan hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan yang diisytiharkan tamat setakat ini adalah sebanyak 98 kluster.

Kluster Sala yang dilaporkan pada Ogos lalu adalah hasil daripada aktiviti pengesanan kes secara aktif kes positif COVID-19 yang bermula daripada amalan melawat pesakit di hospital.

Laporan kes daripada kluster terbabit melibatkan 11 kes dimana kesemuanya warganegara Malaysia dan tiada kes kematian dilaporkan.

Sumber: KKMalaysia

Nur Farra