Siakap Keli

Pandu Kereta Dengan Tayar Premium Dari Jepun & Diiktiraf Terbaik Di Dunia, FK510 Ibarat Sahabat Sejati Kereta Anda

Bagi anda yang memiliki kereta, ia bukan lagi satu rahsia kalau mahukan pemanduan yang sedap, pengendalian yang mantap dan keselesaan, pemilihan tayar yang sesuai adalah salah satu rahsianya.

Terdapat pelbagai jenama tayar yang ada di pasaran, tetapi tak semua mampu menawarkan ‘kesempurnaan’ tayar seperti yang dilakukan oleh jenama Falken.

Falken keluaran syarikat Sumitomo Rubber Industries Ltd adalah sebuah jenama tayar berasal dari Jepun yang diasaskan pada 1983, yang menawarkan tayar kategori ‘flagship’ dalam pasaran. Falken sendiri menggambarkan kedinamikan, prestasi tinggi dan keanggunan tayar.

Selepas lebih 3 dekad bertapak dalam industri, Falken kini menumpukan penghasilan tayar berkualiti tinggi, yang menggunakan arena perlumbaan pemotoran sebagai tapak pembangunan dan ujian, sebelum produk akhir terbaik ditawarkan kepada pengguna.

Salah satu produk terakhir, terbaik ditawarkan adalah Falken Premium Azenis FK510 & FK510 SUV yang hadir dengan saiz tayar Malaysia.

Tayar dari Jepun tapi saiz untuk Malaysia

Azenis FK510 ditawarkan dalam 75 saiz, bermula daripada 17 hingga 22 inci dan siri diantara 25 hingga 55. Ia juga mempunyai dua kategori speed index iaitu W/Y atau (Y), dimana W sesuai untuk kelajuan sehingga 270kmj, Y sehingga 300kmj dan (Y) kelajuan melebihi 300kmj.

Kalau Azenis FK510 SUV pula, hadir dengan 28 saiz, bermula daripada 18 hingga 21 inci, siri 35 hingga 66 dengan speed index W/Y atau (Y).

Manakala FK510A SUV adalah tayar dibekalkan oleh Falken Tyre Europe GmbH untuk Porche Macan. Ia ditawarkan dengan tayar depan saiz 235/60R 18 103W manakala tayar belakang saiz 255/55R 18 105W. Kedua-duanya dipadankan dengan simbol speed index W.

Ciri-ciri dan kelebihan ditawarkan Azenis FK510 & FK510 SUV

Azenis Falken FK510 direka dengan corak bunga tayar yang baru dan inovatif, mengutamakan pemanduan yang selamat dalam keadaan jalan basah tetapi menyeronokkan ketika dipandu dalam keadaan jalan kering.

Manakala Azenis Falken FK510 SUV pula dihasilkan berdasarkan kejayaan tayar FK510 tetapi fokus kepada pasaran SUV. Dengan teknologi terkini, Azenis Falken FK510 SUV adalah tayar yang paling sesuai untuk sebuah SUV beraksi lincah di atas jalan.

Kedua-duanya dihasilkan menggunakan teknologi 4D Nano Silica yang mana memberikan cengkaman yang mantap di atas jalan raya. Selain itu, tayar ini juga dilengkapi dengan teknologi pengurangan bunyi bising sekali gus membuatkan kabin kenderaan lebih senyap.

Antara kelebihan-kelebihan lain tayar ini adalah tayar lebih selamat, stabil di ketika mengambil selekoh ataupun ketika melanggar lopak air dan mempunyai jarak brek yang lebih pendek.

Prestasi diperagakan amat luar biasa

Paling gempak, kedua-dua tayar ini mempunyai prestasi luar biasa tak kira ketika kenderaan dipandukan di atas jalan basah atau kering, sangat responsif, menghasilkan bunyi bingit yang rendah dan penumpang dalam kabin lebih selesa.

Diiktiraf global, anugerah diraih bersilih ganti

Bukan omong kosong, jenama Falken adalah jenama yang bukan calang-calang. Buktinya, Falken dah meraih pelbagai anugerah berprestij di peringkat antarabangsa.

Pengiktirafan demi pengiktirafan bermula dengan Tire Technology of the Year Award 2017 di Jerman, yang dianugerahkan diatas kecemerlangan dan inovasi jenama dibawah Sumitomo Rubber Industries Ltd ini.

28 pakar industri tayar yang menjadi panel bebas sepakat memilih Falken sebagai pemenang diatas kecemerlangan Advanced 4D Nano Design Technology yang diguna pakai oleh jenama ini.

Selain itu, Falken turut meraih 4 anugerah lain lagi iaitu Auto Bild 2nd Sportscars ‘Recommended’, Auto Bild 2nd/52 Tyre ‘Examplary’, Auto Motor Und Sport ‘Recommended’ dan Auto Express 2nd/ Test Winner Recommended.

Tahun 2018 menjadi tahun paling sibuk buat Falken apabila menggondol 6 anugerah berbeza.

Anugerah-anugerah tersebut adalah Ace Lenkrad Test Winner, GTU Test Sieger, Auto Zeitung, Arbo Tyre Test, Wheel’s Tyre Test Winner dan Auto Motor Und Sport ‘Recommended’.

Pada 2019, Falken sekali lagi menerima anugerah Auto Bild 3rd/53 Tyre ‘Examplary’. Falken sekali lagi memenangi anugerah Tire Technology of the Year, kali ini diatas pengiktirafan kecemerlangan SENSING CORE Tire Sensing Technology pula.

Tahun ini, tiga lagi koleksi anugerah ditambah iaitu Auto Bild 6th/50 Tyre ‘Examplary’, Auto Motor Und Sport ‘Good’ dan Gute Fahrt ‘Very Good’.

Kat mana nak beli tayar Falken?

Tayar Falken sudah pun berada dalam pasaran Malaysia sejak 1 Julai 2018. Anda boleh mendapatkan tayar ini di 3 buah outlet Falken iaitu di:

Kuala Lumpur

Nama kedai : Cheras Tyre Mart

Alamat : 182 Jalan Mahkota, Taman Maluri
5510 Cheras, Kuala Lumpur

Tel : 019-7317988

Fax : 03-92850946

Buka : Isnin – Sabtu / 9.30am- 6.30pm

Selangor

Nama kedai : Glenmarie Tyre Mart

Alamat : 16, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1
Hicom Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam, Selangor

Tel : 017-6691219

Buka : Isnin – Jumaat / 9am – 6.30pm
Sabtu / 9am – 2pm

Nama kedai : Kota Damansara Tyre Mart

Alamat : No. 55-G (Ground Floor),
Jalan PJU 5/20, The Strand Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 011-51232800

Buka : Jumaat – Sabtu / 9am – 6pm

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tayar Falken untuk kereta dipandu anda, supaya perjalanan setiap hari menjadi lebih selesa, selamat dan menyeronokan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web dan facebook Falken Malaysia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.