Siakap Keli

Pemandu Maut, 6 Cedera Perodua Viva Dilapor Terbabas Masuk Parit Di Batu Pahat, Johor

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor sebentar tadi memaklumkan satu kejadian kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Viva yang terbabas ke dalam parit di Batu Pahat, kira-kira 2.31 petang tadi.

Menurut kemas kini yang dimuat naik di laman facebook, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian mendapati seorang mangsa tersepit di bahagian pemandu.

”Tindakan operasi PKO membuka pintu kereta tersebut dengan menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan mangsa.

”Mangsa disahkan telah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak KKM dan menyerahkan mangsa kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut perkongsian tersebut.

Manakala 6 lagi mangsa dilaporkan cedera melibatkan 3 remaja perempuan, 1 remaja lelaki, 1 kanak-kanak lelaki dan 1 kanak-kanak perempuan.

”Mangsa-mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail dengan menggunakan Ambulans KKM dan EMRS,” menurut perkongsian itu lagi.

Operasi dilaporkan berakhir pada pukul 4.25 petang.

Turut tular di media sosial adalah rakaman-rakaman dipercayai di lokasi kejadian yang menunjukkan anggota bomba sedang bertungkus lumus mengeluarkan kenderaan tersebut daripada parit.

Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.