Siakap Keli

Penumpang ‘Seat’ 30 Hingga 33 Penerbangan Malindo Air OD1008 KL-Kota Kinabalu 11 Sept Diminta Hubungi Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu

Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu melalui laman facebook sebentar tadi telah mengeluarkan satu pengumuman penting.

Perhatian kepada penumpang bagi penerbangan Malindo Air OD1008, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu pada 11 September 2020.

Penumpang yang duduk di barisan kerusi 30 hingga 33 diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan COVID-19 Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu di talian 088-726352.

Terima kasih.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut dikongsikan melalui makluman tersebut.

Pengumuman tersebut turut dikongsikan oleh laman facebook Majlis Keselamatan Negara sebentar tadi.

Sumber: Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.