Siakap Keli

Perintah Darurat Di Narathiwat, Yala Dan Pattani Dilanjutkan Tiga Bulan Lagi

Warta Diraja Thailand melalui portal utama mereka mengumumkan bahawa perintah darurat di tiga wilayah Selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani akan dilanjutkan selama tiga (3) bulan lagi.

Perintah itu telah ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha pada 11 September lalu dibawah Perintah Darurat dalam Keadaan Kecemasan, BE 2548 yang sudah diluluskan Kabinet.

Kawasan dalam keadaan darurat merangkumi semua tiga wilayah kecuali Srisakhon, Su-Ngai Kolok dan Sukirin di Narathiwat, Betong di Yala dan Maikaen dan Maelan di Pattani.

Sumber: Portal Warta Diraja Thailand

Nur Farra