Siakap Keli

Polis Jumpa Penguin Tengah Jalan ‘Kantoi Fly Malam’

Polis di England terkejut apabila mendapati seekor penguin berkeliaran di tengah jalan pada hari Ahad lalu.

Pegawai yang bertugas menemui haiwan berkenaan ketika membuat rondaan di sekitar kawasan tersebut.

“Kami sangat-sangat terkejut bila nampak ada penguin tengah jalan ketika sedang membuat rondaan,” kata Konstable, Gareth Philp.

“Ketika ditemui, dia ‘berkawad’ sendirian ditengah-tengah jalan dan ini sesuatu yang sangat luar biasa.

“Kami memanggilnya Po-Po dan bergambar bersama sebelum menghubungi pemiliknya, serta dihantar pulang.”

Sumber: CNN 

Nur Farra