Siakap Keli

Sembilan Kawasan Kuala Langat, Sepang Dijangka Terima Bekalan Air Mulai 8 Malam

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Sembilan kawasan yang mengalami gangguan bekalan air akibat paip pecah di Bandar Sri Ehsan berdekatan Masjid KLIA semalam, dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula 8 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kerja pembaikan paip pecah itu siap pada 4.30 petang tadi.

Kawasan yang terlibat bagi Wilayah Kuala Langat adalah Taman Langat Utama, Taman D’Menara; Taman Murnimas; RTB Bukit Changgang;  Bandar Sri Ehsan;  Taman Langat Murni;  Bandar Mahkota dan Bandar Brooklands, manakala bagi Wilayah Sepang melibatkan Estet SOPEC.

“Bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di Wilayah Kuala Langat dan Sepang masih digerakkan bagi membantu pengguna. Para pengguna yang ingin mendapatkan bantuan bekalan air boleh menghubungi Pusat Perhubungan Pelanggan di talian 15300,” menurut kenyataan itu.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja pembaikan dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi di Facebook, Twitter dan Instagram, laman sesawang di www.airselangor.com dan juga aplikasi ‘Air Selangor’.

— BERNAMA

Nur Farra