Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 62 Kes Baru Dicatatkan Hari Ini, Termasuk 61 Kes Tempatan

Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu tweet sebentar tadi memaklumkan sebanyak 62 kes baru COVID-19 dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah berkenaan, 61 merupakan kes penularan tempatan yang melibatkan 41 kes warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Manakala 1 kes merupakan kes import.

Sabah mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu 60 kes, termasuk 48 kes dari Kluster Benteng LD dengan 4 kes petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu.

Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing mencatat satu kes.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.