Siakap Keli

Empat Nasihat Menteri Kesihatan Buat Anggota KKM

PUTRAJAYA, 17 Sept – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini menyampaikan empat nasihat buat kalangan anggota petugas kesihatan.

Menurutnya, antaranya adalah mereka perlu bersuara jika memerlukan bantuan fizikal seperti kekurangan alat perlindungan diri (PPE) atau psikososial kerana tekanan.

“(Mereka juga) perlu bersuara jika individu lain biadap, bertindak ganas, membuli dan menindas di tempat kerja.

“Bersuara jika ada individu tidak mahu bekerjasama dalam satu pasukan dan tidak patuhi prosedur operasi standard (SOP) dan boleh jadi punca penularan jangkitan seperti COVID-19 dan TB.

“(Dan) bersuara bagi memastikan hak sebagai anggota kesihatan dilindungi daripada aspek kesihatan, keselamatan dan kebajikan,” katanya ketika merasmikan Hari Keselamatan Pesakit Dunia 2020 yang bertemakan Speak Up For Health Worker Safety di Putrajaya hari ini.

Sumber:  KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.