Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Ingkar Larangan Berbasikal Di Lebuh Raya, Penunggang Boleh Didenda Sehingga RM1,000 – PDRM

Aktiviti berbasikal pada waktu ini telah menjadi salah satu hobi yang semakin mendapat perhatian ramai. Pun begitu, penggiat sukan ini dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan larangan berbasikal di lebuh raya.

Polis Diraja Malaysia menerusi akaun Facebook rasminya ada berkongsikan peringatan kepada penggemar sukan berbasikal ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

INGKAR LARANGAN BERBASIKAL DI LEBUH RAYA, PENUNGGANG BOLEH DIDENDA SEHINGGA RM1,000

Aktiviti sukan berbasikal kini menjadi satu hobi yang semakin diminati ramai di Malaysia. Namun anda dinasihatkan supaya mematuhi arahan larangan berbasikal di lebuh raya.

Sekiranya anda ingkar larangan tersebut, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 70(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu melarang atau menyekat daripada menggunakan kenderaan di atas mana-mana jalan yang tertentu.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police)

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa