Siakap Keli
kilang mi kotor
Gambar: MBSP

Mi Bersepah Atas Lantai, Kilang Pemprosesan Mi & Kelapa Di Tasek Gelugor Diarah Tutup

Tasek Gelugor, 17 Sept – Dua buah kilang pemprosesan masing-masing bagi mi dan kelapa di sini telah diarahkan tutup dalam satu operasi bersepadu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) pagi tadi.

Dalam kemaskini MBSP, kilang yang telah beroperasi tanpa lesen itu telah dikenakan tiga kompaun, diberikan empat notis dan diarahkan tutup.

Dalam gambar dikongsikan MBSP, kelihatan mi yang telah diproses bersepah di atas lantai manakala kelihatan anjing berkeliaran di premis pemprosesan kelapa.

Malah, kilang tersebut dilihat turut mempunyai kawasan yang ditakungi air serta dipenuhi lalat.

 

Sumber: MBSP

Amira

Love yourself.